Gaji Minima & Gaji Wajar

Apakah gaji minima dan gaji wajar?


Gaji Minima

  • Gaji minima adalah gaji paling rendah yang boleh dibayar kepada pekerja sepenuh masa mengikut undang-undang. Gaji minima ditetapkan melalui beberapa akta termasuk Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, Perintah Gaji Minimum 2012 dan Akta Kerja 1955.
  • Kadar gaji minima dikaji dan dibincang oleh Majlis Perundingan Gaji Negara yang dianggotai oleh wakil kerajaan, majikan, pekerja dan anggota lain. Selepas rundingan antara anggota, Majlis ini mengesyorkan kadar gaji minima kepada Kementerian Sumber Manusia. Jika dipersetujui, kadar tersebut diwartakan untuk perlaksanaan.


Gaji Kehidupan Wajar

  • Gaji kehidupan wajar, atau ‘living wage’, lebih merupakan suatu aspirasi, iaitu kadar gaji minima yang patut dibayar untuk membolehkan seseorang untuk bukan sahaja memenuhi keperluan asas tetapi boleh menjalankan kehidupan yang wajar dan bermaruah, dan tidak dikekang bebanan kewangan yang serius. Rata-ratanya mereka yang menyokong gaji kehidupan wajar mengesyorkan bahawa selain keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal, keperluan lain seperti kos kesihatan, pengangkutan dan juga tampungan kecemasan harus diambil kira juga.
  • Kebanyakan negara mempunyai undang-undang yang mensyaratkan gaji minima, tetapi pelaksanaan gaji kehidupan wajar setakat ini lebih tertakluk atas budi bicara pihak majikan. Organisasi seperti Living Wage Foundation di United Kingdom dan Asia Floor Wage di Asia ada melancarkan kempen-kempen gaji kehidupan wajar dan mencadangkan kadar yang sesuai bagi pertimbangan majikan. Namun, mereka tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk memastikan semua majikan membayar gaji kehidupan wajar.

Mengapa isu ini penting?

  • Gaji minima pada asalnya dilaksanakan untuk mengelakkan eksploitasi pekerja. Dengan penilaian semula konsep ‘pembangunan’ dan ‘mutu kehidupan’ di kalangan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, asas dasar gaji minima kian dibahas dan diteliti semula. Pertanyaan pokok mengenai gaji minima hari ini ialah: apakah sebenarnya tujuan gaji minima dan bagaimanakah harus ia ditetapkan?
  • Jika tujuan gaji minima adalah untuk menampung keperluan paling asas kehidupan, erti ‘keperluan asas’ dalam era hari ini perlu dibincang dan ditetapkan*. Jika tujuan gaji minima adalah untuk membolehkan pekerja menikmati mutu kehidupan yang bermakna atau bermaruah, seperti yang dicadang penyokong gaji kehidupan wajar, erti ‘kehidupan bermakna’ juga harus dibahaskan. 
  • Sudah pasti, kedua-dua konsep ‘keperluan asas’ dan ‘kehidupan bermakna’ adalah subjektif; apa ertinya pada saya mungkin tidak sama dengan ertinya pada anda. Tetapi kata sepakat tentang isu ini boleh dan perlu diusahakan. 

*Respons kepada Belanjawanku menunjukkan keperluan untuk mencari persetujuan tentang isu ini.

Apakah kedudukan dan pandangan utama tentang isu ini?

  • Namun begitu, cadangan menetapkan gaji mengikut sektor mungkin tidak memadai kerana ia mengabaikan kadar kos kehidupan mengikut tempat. Perbelanjaan seperti kos makanan, sewa dan cukai pintu berbeza mengikut tempat, jadi penyelesaian mungkin terletak dalam menetapkan gaji minima mengikut sektor dan juga kawasan. 
  • Dari sudut pekerja pula, kenaikan gaji minimum sebanyak RM100 ini tidak memadai. Walaupun Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut kenaikan itu sebagai langkah positif, mereka berasa amaun tersebut masih di takuk yang terlalu rendah. 

Soalan rakyat dan peminat dasar

Apakah sebenarnya tujuan gaji minima dan bagaimanakah harus ia ditetapkan?

Kalau gaji minima tidak dapat dinaikkan ke tahap gaji kehidupan wajar kerana isu keuntungan perniagaan dan sebagainya, apakah peranan Kerajaan? Patutkah penetapan kadar Bantuan Sara Hidup diteliti semula?

Meskipun tahap kemahiran kian meningkat, tidak semua pekerjaan akan bergaji besar. Oleh itu, patutkah gaji minima ditetapkan berdasarkan produktiviti?

Mengapa graduan sahaja patut mendapat gaji kehidupan wajar?

Setakat manakah penggunaan pekerja asing yang dibayar gaji murah mempengaruhi pola gaji negara dan tahap gaji minima?


Email us your views or suggestions at editorial@centre.my.

Mengukur Kos Sara Hidup

Bagaimana kos sara hidup diukur hari ini?

  • Kos sara hidup, dalam bahasa mudahnya, adalah jumlah wang yang diperlukan untuk mengekalkan suatu taraf kehidupan.
  • Buat masa ini, Indeks Harga Pengguna (IHP, atau singkatan Bahasa Inggerisnya CPI) masih lagi merupakan indikator utama dalam mengukur kos sara hidup.
  • IHP mengukur perubahan harga ‘bakul’ barangan dan perkhidmatan yang dianggap biasa dibeli dan digunakan oleh suatu isi rumah di Malaysia. Terdapat 12 kategori barangan atau perkhidmatan di dalam ‘bakul’ tersebut.
  • Kategori-kategori ini berpandukan ‘Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut Tujuan’ yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
  • Wajaran (weightage) antara 12 kategori barangan dan perkhidmatan di dalam ‘bakul’ IHP ini diperolehi daripada Tinjauan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah (HES) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dari masa ke semasa.
Pameran A: Komposisi dan wajaran IHP. Sumber: Laporan IHP Bulanan*, Jabatan Perangkaan Malaysia

*Nota Teknikal Laporan Penuh IHP Bulanan terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia. Pendaftaran menerusi portal Jabatan Perangkaan Malaysia diperlukan untuk mengakses laporan.

  • Bagi mengukur IHP, Jabatan Perangkaan Malaysia membuat tinjauan harga barangan dan perkhidmatan setiap bulan atas kira-kira 17,000 kedai di Semenanjung Malaysia, 2,500 kedai di Sabah dan 2,300 kedai di Sarawak.
  • Perlu diingati, fungsi utama IHP adalah mengukur perubahan kos sara hidup dari bulan ke bulan atau tahun ke tahun. Ianya diungkap dalam bentuk peratus (%) dan bukan jumlah nyata RM. 

Apa masalah IHP?

  • Menggunakan IHP sebagai ukuran utama kos sara hidup mungkin mengelirukan. Seperti yang dinyatakan di atas, IHP lebih kepada pengukuran kadar perubahan harga, iaitu pengukuran inflasi. Dalam pada itu, masih terdapat beberapa isu tentang IHP yang perlu diberi perhatian.
  • Pertama, walaupun IHP cuba membezakan kadar perubahan harga antara negeri dan kategori perbelanjaan (sebagai contoh, lihat laporan CPI bagi April 2019), IHP tidak menggambarkan kadar perubahan harga atau inflasi bagi isi rumah dari tahap pendapatan yang berbeza. Dan sudah tentunya, isi rumah dari tahap pendapatan, malah lokasi, yang berbeza akan mengalami tahap inflasi yang berbeza.
  • Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2015 menunjukkan bahawa isi rumah yang berpendapatan lebih rendah pada amnya mengalami kadar inflasi yang lebih tinggi. Isi rumah berpendapatan rendah di kawasan bandar juga cenderung untuk mengalami inflasi lebih tinggi daripada isi rumah pendapatan rendah yang tinggal di luar bandar.
Pameran B: Inflasi mengikut kumpulan pendapatan, negeri & kawasan. Sumber: Laporan Tahunan BNM 2015
  • Kedua, bayaran pinjaman rumah tidak termasuk dalam ‘bakul’ IHP; cuma sewa rumah diambilkira. Menurut pakar ekonomi (contohnya, sumber ini), mengabaikan bayaran pinjaman rumah akan membuatkan IHP terlalu rendah, lebih-lebih lagi memandangkan peningkatan harga rumah yang sangat pantas berbanding dengan kadar harga lain.
  • Ketiga, IHP hanya mengukur pergerakan harga tetapi tidak mengambilkira faktor kualiti. Jika harga meningkat tetapi kualiti barangan dan perkhidmatan menurun, kos sara hidup kita boleh dikatakan lebih buruk berbanding kadar inflasi. Sebaliknya, jika kualiti bertambah baik selari dengan kenaikan harga, kos sara hidup boleh dikatakan menjadi lebih baik. Tentunya, perubahan kualiti tidak senang diukur namun faktor ini harus juga dipertimbangkan.
  • Keempat, bias atau kecenderungan psikologi kita. Sebagai manusia, kita seringkali membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang terhad. Kajian menunjukkan bahawa pengguna cenderung merasakan dan mengingati kenaikan harga berbanding penurunan harga. Oleh itu, rasa ‘tidak setuju’ dengan kadar inflasi IHP yang dilaporkan sedikit sebanyak disebabkan faktor kecenderungan psikologi ini.

Apakah perkembangan terkini

  • Kayu pengukur kos sara hidup yang tepat dan yang diterima rakyat adalah penting, bukan sahaja bagi kegunaan dasar gaji dan dasar lain, tetapi juga bagi menunjukkan kedudukan sebenar kos kehidupan rakyat. Panduan Belanjawanku yang diterbitkan pada Mac 2019 menerusi kerjasama KWSP dan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya merupakan suatu langkah ke arah matlamat ini.
  • Panduan Belanjawanku dilapor sebagai berdasar kepada pola perbelanjaan sebenar enam jenis isi rumah di Lembah Klang, dari kategori bujang sehinggalah pasangan warga emas. Namun begitu, telah timbul beberapa persoalan tentang Belanjawanku terutamanya mengenai kos tempat tinggal, dengan ada yang mengatakan ia tidak menggambarkan realiti Lembah Kelang.

Baca cadangan kami bagi memperkukuhkan usaha Belanjawanku.

  • Selain daripada itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah mengumumkan sebuah indeks kos sara hidup baru bagi mencerminkan keadaan sebenar. Antara agensi-agensi yang dikatakan terlibat di dalam pembentukan indeks baru ini ialah Jabatan Perangkaan Malaysia, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Tertanya-tanya tentang harga nasi lemak atau epal di tempat-tempat lain di Malaysia? Lihat lampiran kepada laporan IHP bulanan

Beberapa persoalan peminat dasar serta rakyat biasa:

Bagaimanakah tahap ‘minima’ kos sara hidup ditentukan? Bagaimanakah kualiti mutu kehidupan, barangan dan perkhidmatan diambilkira dalam ketentuan ini?

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang isi rumah yang berbeza, terutamanya bagi yang berpendapatan rendah, bagaimana kalau diwujudkan ukuran kos sara hidup mengikut kumpulan pendapatan dan lokasi?


Sumber-sumber lain:

Inflation and the Cost of Living (BNM)
Cost of Living in Malaysia, crowdsourced (Numbeo)
Malaysia House Price Index (Trading Economics)
Malaysia Food Inflation (Trading Economics)


Email us your views or suggestions at editorial@centre.my.

Jumlah Hutang Negara – Angka Mana Yang Benar?

Berapakah sebenarnya jumlah hutang negara?

  • Latar belakang: Sejurus selepas mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Pakatan Harapan mengumumkan bahawa hutang negara telah mencecah RM1 trilion.  Tetapi data rasmi terbitan Bank Negara pada masa yang terdekat pada ketika itu, iaitu suku pertama 2018, menunjukkan bahawa hutang negara berjumlah RM705 bilion. (Angka ini meningkat kepada RM741 bilion pada suku keempat 2018). Disebabkan percanggahan ini, jumlah hutang negara menjadi perdebatan hangat di Dewan Rakyat. 
  • Hakikatnya, kedua-dua angka tersebut adalah angka yang benar. Angka yang mana dipilih untuk mewakili jumlah hutang negara sebenarnya berkait rapat dengan tatacara atau standard perakaunan yang diguna pakai.
  • Di bawah pentadbiran enam Perdana Menteri lalu, Kerajaan Persekutuan mengguna pakai standard perakaunan asas tunai, satu kaedah yang merekod sesuatu urusniaga apabila tunai diterima atau dibayar dalam sesuatu tempoh perakaunan*.
  • Di bawah standard perakaunan asas tunai, hanya hutang-hutang rasmi langsung yang diterbitkan atas nama kerajaan sahaja, seperti bon dan bil perbendaharaan, perlu dinyatakan dan diambil kira di dalam penyata kewangan kerajaan.
  • Standard perakaunan asas tunai inilah yang digunakan oleh Bank Negara untuk mengeluarkan data rasmi berkenaan jumlah hutang negara. Di bawah asas tunai, jumlah hutang negara pada akhir 2017 adalah RM686.8 bilion, RM705 bilion pada suku pertama 2018 manakala pada akhir 2018 adalah berjumlah RM741 bilion.

*Nota: Untuk mengetahui lebih lanjut tentang standard perakaunan tunai, sila layari Government Finance Statistics (GFS 1986) yang dikeluarkan oleh International Monetary Fund (IMF), dan Financial Reporting under the Cash Basis of Accounting yang dikeluarkan oleh International Public Sector Accounting Standard (IPSAS).

Bagaimana hutang negara boleh menjadi RM1 trilion dari RM705 bilion?

Angka-angka ini merujuk kepada suku pertama 2018
  • Ketika Menteri Kewangan mengumumkan jumlah hutang negara sebagai RM 1 trilion pada 25 Mei 2018, Menteri Kewangan turut mengambil kira liabiliti-liabiliti Kerajaan yang lain seperti jaminan Kerajaan komited (committed government guarantees) dan juga bayaran pajakan (lease payments) kepada pihak swasta untuk projek-projek awam di bawah model kerjasama awam-swasta PPP (Public Private Partnership) dan PFI (Private Finance Initiative)
  • Jaminan Kerajaan komited adalah jaminan yang diberi atas hutang terbitan syarikat berkait Kerajaan atau Special Purpose Vehicles (SPV) untuk pelaksanaan projek-projek awam tertentu. Bayaran pajakan pula adalah bayaran berkala kepada pihak swasta yang telah melaksana dan membiayai pelbagai jenis pembangunan awam seperti sekolah, hospital, universiti dan lain-lain bagi pihak Kerajaan.
  • Standard perakaunan asas tunai yang diguna pakai selama ini menetapkan bahawa kesemua jaminan Kerajaan komited dan bayaran pajakan hanya perlu direkodkan di dalam memorandum berasingan dan tidak dimasukkan dalam jumlah hutang rasmi negara. Angka-angka ini sememangnya terdapat di dalam penyata kewangan yang dikeluarkan oleh Kerajaan pada tahun-tahun lalu seperti mana yang ditetapkan di bawah standard GFS 1986. 
  • Punca perbezaan antara pelaporan tahun-tahun lalu dan pengumuman Menteri Kewangan adalah dalam penukaran standard perakaunan kepada tatacara yang lebih baru berdasarkan ​GFS 2014 dan juga IPSAS ​yang dikeluarkan oleh ​International Federation of Accountants (IFAC)​.
  • GFS 2014 dan IPSAS ini menggunakan ​asas akruan yang mengharuskan ​pelaporan dalam satu tempat semua urusniaga semasa dan apa-apa bayaran yang perlu ditanggung kerajaan pada masa hadapan. 
  • Menerusi asas akruan ini, kerajaan perlu menyediakan lembaran imbangan yang menunjukkan segala bentuk aset dan liabiliti kerajaan. Berbeza daripada asas tunai, ini bermakna jaminan Kerajaan komited dan bayaran pajakan perlu ditempatkan bersama hutang langsung Kerajaan dan bukan lagi dilaporkan menerusi memorandum berasingan. 
  • Oleh kerana perbezaan dalam tatacara perakaunan dan pelaporan ini, angka jumlah hutang negara boleh beralih daripada sekitar RM700 bilion kepada RM1 trilion. Tetapi pada dasarnya, jumlah tanggungan Kerajaan tidak berbeza.
  • Sehingga Disember 2018, liabiliti Kerajaan Persekutuan menurut asas akruan adalah berjumlah RM1 trilion dan merangkumi:
    • Hutang langsung kerajaan sebanyak RM741 bilion
    • Jaminan Kerajaan komited sebanyak RM133 bilion
    • Jumlah bayaran pajakan untuk projek PPP-PFI dan lain-lain liabiliti sebanyak RM217 bilion

Bilakah keputusan untuk menukar standard perakaunan Kerajaan diambil?

  • Keputusan perpindahan standard perakaunan dari asas tunai kepada asas akruan dibuat Kerajaan di bawah BN selepas mengambil saranan dari badan dunia IMF dan Bank Dunia. Asas akruan dikatakan lebih transparen dan memberi gambaran sebenar kedudukan kewangan dan jumlah tanggungan sesebuah negara.
  • Peralihan tersebut dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun ​2011 selepas mengambil kira cadangan yang dikeluarkan oleh Public Finance Reform Lab ​di bawah ​Strategic Reform Initiatives​ kelolaan PEMANDU. 
  • Menerusi ​Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) Kerajaan Persekutuan juga menyatakan bahawa sistem akruan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi semua laporan perakaunan sektor awam dan bahawa pelaksanaan penuh sistem akruan akan dicapai pada tahun 2021. 
  • Namun begitu, perlu diingatkan bahawa sama ada asas tunai atau asas akruan, kedua-dua standard ini masih diperakui dan diterima piawaiannya di peringkat antarabangsa. 

Tahukah Anda?
Kerajaan Persekutuan terikat dengan undang-undang yang menghadkan jumlah hutang terbitan kerajaan: 55% daripada KDNK bagi hutang domestik, RM35 bilion untuk pinjaman luar persisir dan RM10 bilion bagi bil perbendaharaan.

Antara soalan rakyat dan peminat dasar:

Apakah angka hutang negara di bawah kedua-dua asas tunai dan asas akruan untuk tahun-tahun lalu? Apakah trend yang boleh dilihat?

Patutkah kita sebagai rakyat dan pengundi bimbang tentang jaminan Kerajaan dan bayaran pajakan? Apakah kelebihan dan kelemahan jenis-jenis tanggungan ini?

Apakah tahap hutang negara yang sihat?

Perbezaan dalam angka hutang negara yang dilaporkan senang dijadikan bahan politik. Adakah wujud apa-apa peraturan yang mengawal cara maklumat ini diterangkan?


Pautan lain:

Hutang Luar Negeri Malaysia (Bank Negara)
Fakta di sebalik hutang negara (Malaysiakini)


Email us your views or suggestions at editorial@centre.my.

Belanjawanku: Belanjawan Anda?

Isu kos sara hidup yang semakin meningkat berbanding kenaikan gaji adalah keluhan yang sering kita dengar saban hari.

Untuk membantu warga kota, pada Mac tahun ini pihak KWSP bersama Social Wellbeing Research Centre (SWRC) University Malaya menerbitkan panduan perbelanjaan sara hidup bagi individu dan keluarga di Lembah Klang yang diberi nama Belanjawanku. Walaupun niat usaha ini positif, laporan tersebut disambut beberapa persoalan dari orang ramai, terutamanya tentang kewajaran kos-kos yang dipaparkan. 

The Centre berpendapat bahawa usaha Belanjawanku ini berpotensi tinggi menjadi sumber maklumat dan panduan utama bagi rakyat untuk merancang perbelanjaan. Tetapi untuk mencapai potensi ini, ia perlu diterima oleh kumpulan sasarannya. Kami dengan hormat memajukan beberapa cadangan ke arah ini.

Belanjawan Siapa?

  • Pengarah SWRC, Datuk Dr. Norma Mansur, dalam temuramah dengan stesen radio BFM menjelaskan bahawa Belanjawanku merupakan panduan bagi merancang perbelanjaan, bermula dengan warga Lembah Klang. 
  • Menurut laporan, kos-kos perbelanjaan yang disarankan dalam Belanjawanku datang dari data yang sedia ada, tinjauan yang dijalankan pihak SWRC di ibu kota, pemeriksaan harga serta kumpulan tumpuan (focus groups).
  • Namun begitu, maklum balas orang ramai terhadap beberapa kos yang disarankan memberi gambaran bahawa beberapa nasihat Belanjawanku mungkin sukar diikuti, termasuk mereka yang berpendapatan rendah. Kami mengambil kes perbelanjaan sewa rumah sebagai contoh.
  • Panduan perbelanjaan sewa rumah Belanjawanku untuk seorang yang belum berkahwin dan yang tinggal di Kuala Lumpur ialah sebanyak RM300 untuk satu bilik. Untuk mendapatkan kepastian sama ada amaun ini adalah realistik, kami membuat tinjauan ringkas di laman web ibilik.com.
Berdasarkan tinjauan di ibilik.com
  • Kami dapati bahawa di dalam lingkungan 20km dari pusat bandar Kuala Lumpur, sewa bilik adalah dalam sekitar RM450-RM600 di kawasan ‘berpatutan’ seperti Setapak atau Jalan Klang Lama. Untuk bilik yang berharga RM300 perlulah lebih jauh sedikit seperti di Cheras atau Petaling Jaya. 
  • Jika diperluaskan ke kawasan lebih jauh dari pusat bandar tetapi masih dalam lingkungan Lembah Klang seperti Klang, Serdang, Rawang atau Semenyih, maka sewa RM300 ini memang ada. 
  • Menurut kajian laman web iMoney yang dilaporkan oleh the Malay Mail pula, ada anak muda belum berumahtangga yang tinggal di sekitar Lembah Klang dengan kos sewa bilik hampir kepada RM1,100 sebulan. Sudah tentu, ini bukanlah panduan perbelanjaan yang paling minima tetapi ia menunjukkan aspek pertimbangan antara kos, jarak dan mutu bilik yang perlu dibuat.
  • Semakin jauh dari ibu kota, semakin kurangnya pengangkutan awam yang cukup kerap dan boleh dipercayai; apa-apa penjimatan dari segi sewa rumah atau perbelanjaan runcit akan disalurkan balik kepada kos pengangkutan pula.
Sumber: Risalah Panduan Belanjawanku KWSP
  • “Kehidupan bermakna” ini bukan sekadar cukup untuk makan minum, pakaian dan tempat tinggal ala kadar, tetapi dalam keselesaan berpatutan dan boleh membuat perbelanjaan budi bicara lain termasuk menghantar wang kepada ibu bapa atau tanggungan tambahan lain. 

Panduan perbelanjaan paling minima atau panduan perbelanjaan untuk hidup yang bermakna?

Realiti Kehidupan di Ibu Kota

  • Pada masa yang sama, saranan gaji wajar oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk warga Kuala Lumpur yang belum berkahwin ialah sebanyak RM2,700. (Baca primer kami yang menjelaskan perbezaan antara gaji kehidupan wajar dan gaji minima).
Sumber : Kertas Kerja Gaji Wajar (Bank Negara Malaysia)
  • Jelas, angka yang disarankan oleh Belanjawanku untuk warga Lembah Klang yang belum berkahwin adalah lebih rendah dari gaji kehidupan wajar yang disarankan oleh BNM. Angka yang manakah yang patut dijadikan panduan?
  • Apa pun jua, hakikat kehidupan sebenar warga kota tidak boleh disimpulkan dengan gambaran secara purata. Berikut merupakan sorotan tiga warga Lembah Klang yang begitu berbeza pola kehidupan mereka:

F, 25, belum berkahwin, tinggal di Serendah dan bekerja di Kuala Lumpur
F memilih untuk tinggal bersama keluarga untuk menjimatkan wang dan berulang-aling menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Beliau tiada kos sewa, dan membelanjakan lebih kurang 10% dari gaji beliau untuk kos pergi balik sejauh 85km setiap hari. Gaji beliau sekitar RM2000-RM2500.

A, 24, tinggal di Rawang dan bekerja di Kuala Lumpur
A menyewa kerana tidak berasal dari Kuala Lumpur, jadi dia tidak boleh tinggal di rumah keluarganya. Beliau berulang-alik hampir 70km setiap hari, dan hampir 43% dari gaji beliau dibelanjakan untuk sewa dan kos pengangkutan. Gaji beliau sekitar RM3000-RM3500.

P, 29, tinggal di Semenyih dan bekerja di KLCC
Sebab utama P memilih untuk tinggal di Semenyih adalah faktor keluarga: beliau adalah anak sulung dan tinggal bersama ibu bapa beliau. Ini menjimatkan kos dari segi sewa rumah: jika P menyewa lebih dekat dengan tempat kerja, kos ini akan memakan lebih kurang 25% dari gaji beliau, wang yang katanya lebih elok digunakan untuk menyara keluarga. Beliau berulang alik dengan motosikal dan kereta. Kos perbelanjaan boleh mencapai 20% dari gaji beliau jika berkereta.

  • Apabila kita mengambil kira kesemua ini secara menyeluruh, memang sukar untuk kita membuat hanya satu dasar, atau satu kesimpulan. Ini merupakan cabaran yang dihadapi oleh pihak pentadbiran dan penggubal dasar. Namun begitu, ini tidak bermakna kita tidak boleh berbuat apa-apa. 

Langkah ke hadapan

  • Jadi, ke mana kita sekarang? Kami di The Centre sebenarnya menyambut baik usaha-usaha seperti Belanjawanku, kerana kami percaya bahawa dasar kerajaan perlu selari dengan usaha mendidik rakyat tentang pengurusan kewangan yang lebih mapan. 
  • Yang jelas, kejayaan usaha Belanjawanku sebagai reference budget atau panduan perbelanjaan bergantung kepada penerimaan masyarakat – dan penerimaan ini pula dipengaruhi oleh sejauh mana masyarakat dapat ‘melihat’ diri mereka sendiri dalam saranan yang dibuat. 
  • Oleh itu, kami ingin mencadangkan  dalam versi seterusnya, panduan Belanjawanku ‘dihidupkan’ dengan beberapa contoh individu dan keluarga sebenar yang mewakili kes-kes biasa di Lembah Kelang. Contoh yang khusus, apalagi yang boleh dikaitkan dengan wajah ‘rakyat biasa’ dan maklumat yang relevan, lebih dipercayai daripada sekadar statistik.
  • Kedua, fokuskan sasaran panduan tersebut mengikut lokasi atau jenis penempatan. Panduan belanjawan bagi mereka yang tinggal dan bekerja di Lembah Kelang harus mengetengahkan pelbagai perbezaan; sama ada tinggal dekat dengan pusat bandar atau tidak, berkenderaan sendiri atau tidak dan bermacam lagi. Panduan belanjawan bagi mereka yang tinggal di bandaraya lain, bandar sederhana, pinggir bandar dan luar bandar akan mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Akhir kata, untuk renungan:

Dengan bantuan laporan Belanjawanku sebagai reference budget, bagaimanakah kita boleh menggalakkan seseorang individu atau keluarga berbelanja dengan lebih sihat dengan maklumat yang diberikan? Kita tahu bahawa pemberian maklumat semata-mata tidak semestinya akan mengubah tabiat, lebih-lebih lagi apabila perubahan tersebut adalah sukar.

Kami ingin mendengar dari anda: apakah perancangan yang perlu ada untuk menzahirkan apa yang tertera di kertas, kepada perubahan sebenar gaya hidup?


Email us your views or suggestions at editorial@centre.my.

In Search of Vision for Our Times

A vision-hungry nation

  • A year on, one of the biggest criticisms levelled against the PH government is the lack of a compelling economic vision. An April 2019 survey of 250 Malaysian businesses by Ipsos Business Consulting cited uncertainty over government policies and direction as a major concern. Ex-Minister of Finance 2 Johari Abdul Ghani articulated the issue accurately, pointing out the lack of a central economic narrative from the Government.
  • Admittedly, as a nation we appear to like long-term policy statements and sweeping themes for economic growth and societal progress. The New Economic Policy ran for two decades from 1971 to 1990, followed by the 30-year Vision 2020 (1991-2020). Shorter term checkpoints were provided by the 5-year Malaysia Plans (Rancangan Malaysia), a long time in today’s pace of change.
  • On the part of our past leaders and policymakers, this inclination to the long-term perhaps indicates the assumption of continuing rule. Vision-making in countries with higher government turnover usually lasts only as long as the President’s term; for a stark example, see the progressive dismantling of President Obama’s policy legacies by President Trump’s Administration. 
  • Given Malaysia’s break from one-party rule, perhaps shorter-term visions will also be the case for us. In the meantime, on the first-year anniversary of their historic GE win, the PH government appeared to answer critics by announcing a new economic model entitled ‘Shared Prosperity 2030’.
  • Departing from the decades-long sweep of Vision 2020, the model is scoped to last ‘only’ another 11 years into the future. Given the uncertainty of our politics, not to mention the pace of change in the world, this is perhaps not a bad thing for our vision-hungry nation.

But does it satisfy?

  • Departing from the past economic model, which was said to be mainly  about mega projects*, Shared Prosperity 2030 states its overarching premise as achieving a decent standard of living for all Malaysians regardless of income class, race and geographic location.

*Speaking of mega projects…
The term ‘mega projects’ has been a criticism against Government economic management going back to the 1990s. For another reminder of the importance of political memory: a critique of Tun Mahathir’s economic legacy by Professor Jomo Kwame Sundram back in 2003.

  • The new model, as reported by the media, consists of these 7 pillars:
    • better structuring of and improving the nation’s business and industry ecosystems such as via adoption of Industrial Revolution 4.0
    • application of digital economy, and adding more high-skilled jobs
    • exploring new growth sectors, and turning Malaysia from a consumer nation to one that produced more international standard products
    • reforming human capital, to improve labour market and wages
    • strengthening social well-being through needs-based policies
    • inclusive territorial development
    • improving society capital, combined with strong social support mechanisms
  • So far, so…well-trodden. Go through the last few Rancangan Malaysia and you will see virtually the same things couched in different phrasing.
  • To some extent, the emphasis on themes like sharing prosperity and having a decent standard of living is understandable. After 3 bruising by-election losses, there may be a desire within PH to take back the narrative and be seen to respond to grouses
  • Unfortunately for Shared Prosperity 2030 however, two things: (i) in these polarised times, grouses will not be placated by general pronouncements of ‘shared prosperity’ particularly amongst the Malay ground, and (ii) there is still no central economic narrative that can rally and energise the country.

What do we want to be?

  • The latter point is our main criticism: Where is the Vision in Shared Prosperity 2030? After the developed nation status of V2020, what do we want to be?

Where is the Vision in Shared Prosperity 2030? After the developed nation status of V2020, what do we want to be?

  • Ex-PM Najib Tun Razak attempted to supply the next Vision via the campaign ‘Transformasi Nasional 2050’ (TN50), with the aim of having Malaysia become a top 20 nation by 2050. There were clearly some problems regarding scope here – top 20 in what exactly? – but in discussing the notion, it at least became a conversation with ambition.
  • (Not unfettered ambition however, as our room to maneuver is now much more limited. The Malaysian population is ageing. The pace of technological disruption is accelerating (content behind paywall). The climate is changing, with potentially catastrophic consequences.)
  • We never got to narrow down what we wanted to be ‘top 20’ in because GE14 happened and TN50 became an untouchable relic of the previous Administration, along with 1Malaysia and other ‘brands’ (Negaraku, anyone?). 
  • It is a bit of a shame, though. In the rush to tar everything related to the previous Administration, some interesting ideas from the TN50 conversation were summarily erased. One idea in particular could make us think about our economic narrative in a new and more meaningful way.

A meaningful, ambitious Vision

  • What if, instead of aiming to be on the top of some global developmental league table, we as a country aim to be a nation that rises to the challenges and needs of our era? What if we aimed to become a country that solved some of the problems of our times?
  • From such discussions in various youth engagement forums came the notion of moonshot goals as an approach towards national vision-setting. The term ‘moonshot’ memorialises US President John F. Kennedy’s 1961 announcement to put a man on the moon by the end of that decade. At the time of his announcement, no one knew how it was going to be done. Yet, the USA’s first manned voyage to the moon was achieved within eight years of the announced goal.
  • Similarly, the idea was for Malaysia to set several ambitious tasks – goals we may not know how to pull off yet but could progressively figure out, in the process creating new industries and new jobs. And instead of the usual obsession with tallest, biggest, fastest, these moonshot goals for Malaysia should be about solving complex but vital issues. 
  • What sort of moonshot goals? Being a carbon-neutral country by 2050. Being food sufficient and replenishing our fishing stocks by 2030. Less than 10% incidence of lifestyle diseases like diabetes and obesity by 2050. No one living in poverty by 2030, based on an updated and widely accepted definition of ‘poverty’. These were just some of the moonshot goals proposed by people in their teens, 20s and 30s – people who will inherit this country in the coming decades, and who need a worthwhile Vision to see them through.
  • These moonshot goals bring us back to the question of what we want to be as a nation. What comes after ‘developed nation status’? Given the turbulence of our times, we humbly propose this: a resilient nation. A nation prepared and structured to handle any extremes that come our way.
  • What are your moonshot goals for Malaysia?


Email us your views or suggestions at editorial@centre.my.

Measuring the Cost of Living

How do we measure the cost of living today?

  • The cost of living, simply defined, is the amount of money needed to sustain a certain standard of living. 
  • There have been some recent attempts at measuring the ‘official’ cost of living in Malaysia*. Historically though, the measure most often referred to is the Consumer Price Index (CPI).

*Not including unofficial estimates e.g. expat forums

  • Strictly speaking, the CPI measures the change in the cost of living; it is not an absolute amount or RM figure. The CPI measures price changes of a constant basket of goods and services that are considered ‘typical’ purchases for a particular population group in Malaysia.
  • The basket comprises 12 categories of goods and services as outlined by the United Nation’s ‘Classification of Individual Consumption According to Purpose’. The weightage between the 12 categories is based on expenditure patterns obtained from the Household Expenditure Survey and is updated periodically*.
Exhibit A: Composition and weightage of CPI; Source: Full Monthly CPI Report, DOSM1 (registration through DOSM portal required for access)
  • In measuring the CPI, the Department of Statistics Malaysia (DOSM) surveys prices of goods and services monthly from about 17,000 retail outlets in Peninsular Malaysia, 2,500 outlets in Sabah and 2,300 outlets in Sarawak*.

*Technical Notes from the full monthly CPI report issued by DOSM. Registration through DOSM portal required for access

What’s the issue with CPI?

  • Using the CPI as the sole or main measure or gauge of the cost of living can be misleading. As mentioned, the CPI is first and foremost a way to measure change in prices i.e. inflation. Nevertheless, even as a measure of inflation, there are a few key issues to be aware of.
  • Firstly, while CPI movements are reported by state and by expenditure category (see DOSM’s CPI report for April 2019), the CPI does not capture the spending basket of households in different income brackets. And different income brackets, across different locations, experience different rates of inflation.
  • In their 2015 Annual Report, Bank Negara Malaysia (BNM) showed that lower income households (LIHs) tend to experience higher rates of inflation. Lower income households in urban areas also tend to experience higher inflation than LIHs living outside the city.
Exhibit B: Inflation by state, area & income group; Source: BNM 2015 Annual Report
  • Secondly, the CPI does not include mortgage payments, only rent. As argued by economists (for example, here), excluding mortgage payments understates the CPI, given the fact that house prices have increased much faster than other measures of inflation in the last decade.
  • Thirdly, the CPI measures pure price movements but not necessarily quality. If prices increase but quality of the relevant goods and services deteriorates, the cost of living could be worse than the rate of inflation suggests. However, if quality has improved along with price increases, the cost of living is arguably improved. Quality changes are hard to quantify of course, but this is worth bearing in mind.
  • Fourthly, our psychological biases. Putting aside the issue of the CPI’s composition for the moment, we as humans tend to make generalisations based on selected information. Research has shown that consumers tend to remember large price changes and prices that have risen rather than those that have fallen. The CPI may not accurately reflect our experience of inflation, but our sense of rising prices may also be magnified by our human biases.

What lies ahead?

  • Having a credible and widely accepted measure of the cost of living is important not only in setting wage and other related policies, but also as a point of reference for ordinary citizens and voters. The Belanjawanku, a collaboration between the EPF and University Malaya’s Social Wellbeing Research Centre published in March 2019, was announced as an attempt in this direction.
  • Said to be based on the actual spending patterns of Klang Valley households, the expenditure guide Belanjawanku shows the minimum monthly spend of six different types of households, from singles to elderly couples. Nevertheless, some questions have been raised about Belanjawanku particularly on the cost of housing, suggesting room for improvement in potential future versions of the guide.

Read our editorial on our suggestions to strengthen the Belanjawanku.

  • In the meantime, the Domestic Trade and Consumer Affairs Minister has cited the establishment of a new cost of living index that would be more reflective of the real cost of living. Among the agencies said to be involved are DOSM, Khazanah Research Institute (KRI) and the Malaysian Competition Commission (MyCC).

Curious about the price of nasi lemak or apples in different states? Check out the Annex to DOSM’s monthly CPI reports

Some questions from fans of policy and ordinary citizens alike:

How should we determine the ‘minimum’ cost of living? Is it related to a minimum quality or standard of goods and services (e.g. housing), and if yes how is that determined?

Even though it’s not politically correct, would it be better to have Cost of Living measurements by income group and location, so that changes for lower income households would be more apparent?


Other useful links:

Inflation and the Cost of Living (BNM)
Cost of Living in Malaysia, crowdsourced (Numbeo)
Malaysia House Price Index (Trading Economics)
Malaysia Food Inflation (Trading Economics)


Email us your views or suggestions at editorial@centre.my.